fbpx
MUNOZ (kiri) bersama Parra pada sidang akhbar menentang Shanghai di SSI semalam. - RAJA JAAFAR ALI

ACLE: JDT sedia ‘mengamuk’ di SSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) tekad memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri menentang wakil China, Shanghai Shenhua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACLE) malam ini.

Ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz berkata, Harimau Selatan kini berada dalam momentum terbaik dan mahu mempamerkan karakter sebenar di hadapan ribuan penyokong setia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

“Kami bermain di rumah sendiri, jadi kami mahu tiga mata. Momentum sekarang sangat positif dan pemain berada pada keyakinan tinggi,” katanya pada sidang akhbar perlawanan semalam.

Menurut pengendali dari Sepanyol itu, keseimbangan antara serangan dan pertahanan menjadi kunci utama bagi memastikan JDT mampu mengekang ancaman lawan yang kini bersaing di kelompok teratas Liga Super China.

Munoz turut mengingatkan barisan pemain agar tidak terlalu memikirkan kemenangan 3-0 ke atas kelab China itu musim lalu kerana pertembungan kali ini berbeza serta lebih mencabar.

“Ini perlawanan baharu. Kami perlu memberi 100 peratus untuk hadiahkan kemenangan pertama di tempat sendiri kepada penyokong,” jelasnya.

Pemain pertahanan JDT, Raul Parra menegaskan mereka perlu kekal kompak dan berjuang sebagai satu pasukan bagi mengekalkan rekod positif dalam kejohanan berprestij Asia tersebut.

Tambahnya, kehadiran pemain berkualiti dalam skuad JDT menjadikan persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama cukup sengit namun ia memberi kesan positif buat pasukan.

“Tak kisah siapa yang bermain, semua perlu beri 100 peratus. Kami mahu tiga mata di sini dan terus kejar misi menjadi juara,” ujarnya.

Kemenangan malam ini bakal mengukuhkan kedudukan JDT dalam perebutan tiket ke pusingan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN