fbpx
Keadaan kereta Perodua Kancil yang terjejas dalam kejadian runtuhan batu di Taman Bukit Permai hari ini.

6 kenderaan dihempap runtuhan batu di Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA — Enam buah kenderaan milik penduduk di Taman Bukit Permai di sini rosak dihempap runtuhan batu berhampiran kawasan parkir pangsapuri Mutiara Court, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi.

Bagaimanapun, tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati runtuhan berlaku dari cerun bukit berhampiran kawasan parkir.

“Runtuhan batu pertama dikesan pada pukul 8.15 pagi, manakala yang kedua berlaku sekitar pukul 8.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, lima daripada enam kenderaan yang terjejas berjaya dikeluarkan, manakala kereta jenis Perodua Kancil mengalami kerosakan teruk (total loss) akibat dihempap batu besar.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah turut membantu menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi kejadian.

“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini giat menjalankan kerja pembersihan menggunakan jentera berat bagi mengalihkan batu yang menghalang kawasan parkir.

“Orang ramai diminta segera membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati sebarang pergerakan batu atau aktiviti yang boleh membahayakan di kawasan cerun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI