fbpx
JESS YEE (kiri) menunjukkan sebahagian makanan yang ditawarkan di Dapur Aroma, Ipoh, Perak. – MUHAMMAD NAZREEN SHAH

Dapur Aroma saji hidangan asli Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAFE Dapur Aroma di Ipoh, Perak sentiasa menggamit kedatangan pelanggan kerana keistimewaannya menyajikan masakan Indonesia seolah-olah sedang menikmati makanan tersebut di negara republik itu.

Terletak di Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, makanan ditawarkan memang berbaloi dengan rasa dan harga kerana hidangan disajikan dalam saiz besar yang boleh dikongsi dua orang.

Di sebuah bandar yang masih belum banyak menawarkan masakan Indonesia, kewujudan Dapur Aroma mengisi kekosongan itu dengan sempurna.

Ia merupakan pengalaman menikmati makanan yang menyelerakan dan terasa dekat di hati, walaupun baru pertama kali anda mencuba masakan Indonesia.

Pemilik restoran itu ialah Jess Yee yang berasal daripada keluarga pengasas Yee Hup iaitu jenama terkenal dalam industri pembuatan biskut tradisional halal di Perak hingga berjaya menembusi pasaran luar.

Jatuh cinta dengan makanan dan budaya di Indonesia setelah menjelajah ke seluruh negara itu, Jess Yee mengambil keputusan untuk membawa keunikan rasa kulinari di sana ke Ipoh.

Antara makanan yang disajikan ialah menu-menu popular Indonesia seperti ayam geprek, set ayam madu bakar, pecal Jawa, sate lilit ayam, mi soto, bakso dan nasi kuning yang tersenarai dalam barisan 50 sajian pilihan di kafe itu.

SATE lilit ayam merupakan salah satu menu wajib cuba.

Antara makanan yang disajikan juga adalah pilihan lauk gulai ayam, daging atau kambing serta aneka lauk sampingan tradisional seperti gulai nangka, bergedel kentang, tempe, telur dadar gaya Indonesia dan pucuk ubi rebus.

Salah satu tarikan utama bagi golongan pekerja dan pelajar adalah menu set makan tengah hari khas pada hari bekerja yang ditawarkan dari pukul 11.30 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat). Setiap set pilihan dijual pada harga kurang RM20 bersama air minuman percuma.

Antara menu yang ditawarkan adalah ayam penyet, pad kra pow, mi soto ayam dan mi balap biasa.

Hidangan itu bukan sahaja berbaloi dan mengenyangkan, malah penuh dengan rasa  hingga menjadi pilihan popular bagi pelanggan pada waktu makan tengah hari.

Dihasilkan segar pada setiap hari oleh cef kelahiran Indonesia, rasa sambal ‘berapi’ dan pedas dapat menambah keenakan rasa hidangan di kafe tersebut.

SET ayam madu bakar antara hidangan popular Indonesia.

Pengunjung juga boleh mencuba empat jenis sambal sama ada sambal merah pedas ‘menyengat’, sambal kicap, sambal hijau atau sambal belacan yang memberi rasa mendalam tersendiri.

Buat penggemar sambal pula, berita baik apabila Dapur Aroma turut menawarkan pembelian secara dalam botol yang dijual pada harga RM16 seunit.

Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10 malam, Dapur Aroma menjadi pilihan restoran terbaik buat seisi keluarga bukan saja untuk menikmati hidangan, malah merasai minuman kopi yang dikisar sendiri.

Dalam pada itu, Dapur Aroma turut menyediakan perkhidmatan katering dan boleh dijadikan lokasi ideal bagi meraikan sambutan istimewa atau acara berskala kecil.

Menawarkan sesuatu yang dekat di hati, apa yang pasti, Dapur Aroma memberi peluang untuk warga tempatan, khususnya di Ipoh menikmati sajian autentik Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN