fbpx
Gambar hiasan.

Penjawat awam tidak wajib pakai tali leher – JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penjawat awam tidak lagi diwajibkan memakai tali leher ketika waktu bekerja atau menghadiri mesyuarat, menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menerusi satu surat edaran rasmi yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz semalam menjelaskan, keputusan tersebut selaras dengan pelaksanaan pentadbiran Kerajaan Madani yang memberi penekanan terhadap kecekapan serta penjimatan tenaga kerja.

Menurutnya, sejak November 2022, anggota pentadbiran kerajaan tidak lagi memakai tali leher semasa bertugas, termasuk ketika menghadiri mesyuarat dan sesi Parlimen.
“Kerajaan bersetuju agar semua pegawai awam tidak lagi diwajibkan memakai tali leher semasa bekerja dan menghadiri mesyuarat,” katanya.

Bagaimanapun, JPA menegaskan bahawa pemakaian tali leher masih diperlukan bagi majlis atau program rasmi tertentu, antaranya ketika menyambut ketua delegasi asing atau semasa menghadiri persidangan antarabangsa yang melibatkan pemimpin dan delegasi luar negara.

Menurutnya, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuh imej Malaysia Madani dan semangat Berkhidmat Untuk Negara dalam kalangan penjawat awam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN