TIDAK salah berangan, semuanya percuma dan itulah yang dilakukan pelakon Uyaina Arshad yang berkira-kira tentang perancangan masa depan jika dia berpeluang menjadi menteri pendidikan satu hari nanti.
Dalam angannya, Uyaina mahu usulkan semua pelajar sekolah wajib belajar bahasa Cina dan Tamil.
“Kalau saya jadi Menteri Pendidikan, saya nak usulkan untuk semua pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah untuk diwajibkan juga belajar subjek Bahasa Cina dan Tamil.
“Dengan kemampuan bertutur dan menulis dalam empat bahasa, generasi akan datang akan menjadi ‘unbeatable’.
“Inilah sepatutnya menjadi antara kehebatan rakyat Malaysia, polyglots (individu yang mahir dalam banyak bahasa). Jangan kecam, bukan ke sudah tulis ‘kalau’ di permulaan ayat,” ujarnya.
Diva pun setuju dengan pandangan tersebut sebab belajar pelbagai jenis bahasa memang ada banyak kelebihan.
Apa pun tak salah Uyaina ada angan-angan nak jadi Menteri Pendidikan cuma kena ingat tanggungjawab sangat besar. Jangan bila jadi menteri, semua lupa.
DIVA: Tak faham, kenapa ramai sangat kecewa dengan Alif Satar?














