fbpx
HAKIM DANISH mampu menggunakan pengalaman beraksi dalam saingan Moto3 di GP Malaysia untuk saingan JuniorGP nanti.

Hakim Danish ‘membara’ bawa cabaran ke Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA berbakat negara, Hakim Danish Ramli, membawa semangat dan pengalaman berharga hasil penampilan sulungnya di Grand Prix (GP) Malaysia sebagai bekalan untuk menghadapi Pusingan ke-6 Kejuaraan Dunia FIM JuniorGP di Catalunya, hujung minggu ini.

Beraksi menggunakan tiket wildcard dalam kelas Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini, Hakim Danish berjaya mempamerkan potensi luar biasa apabila mencatatkan masa pusingan terpantas.

Namun, hasratnya untuk menamatkan perlumbaan di hadapan penyokong sendiri tidak kesampaian apabila jenteranya mengalami masalah teknikal.

Pengurus Pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin, menzahirkan keyakinan bahawa rentak positif yang ditunjukkan oleh pelumba berusia 18 tahun itu akan diteruskan di Barcelona.

“Saya yakin selepas pengalaman di Sepang bersama pasukan dan kru yang sama, dengan semangat dan rentak yang masih ada, kita akan berusaha memberikan yang terbaik.

“Saya berharap Danish dapat menunjukkan prestasi yang kompetitif dari hari pertama hingga ke perlumbaan,” kata Zulfahmi mengenai pelumba harapannya itu selesah sah menyertai perlumbaan penuh Moto3 musim depan bersama pasukan MSi Racing Team.

Zulfahmi turut memuji kematangan yang dipamerkan oleh Hakim Danish sepanjang minggu perlumbaan di Sepang apabila dia berjaya mencatatkan masa yang sangat kompetitif sejak sesi latihan bebas.

Selepas mengharungi beberapa pusingan, beliau kini berada di kedudukan kesembilan dalam carta keseluruhan kejuaraan dengan 57 mata dan perlumbaan hanya berbaki dua pusingan di Catalunya dan Ricardo Tormo pada 23 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN