Contoh permainan Roblox yang disediakan turut melibatkan senjata dan keganasan secara dalam talian.

Roblox dimuat turun 1.3 bilion kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Roblox merupakan permainan dalam talian menjadi kegilaan kanak-kanak pada masa ini, dengan dianggarkan lebih 1.3 bilion kali dimuat turun di seluruh dunia di ­semua platform yang menyediakannya.

Malah, difahamkan muat turun pada telefon bimbit sahaja mencecah 72.4 juta di seluruh dunia berdasarkan rekod pada suku kedua tahun ini.

Roblox yang dibangunkan oleh syarikat Roblox Corporation, ditubuhkan pada tahun 2004 oleh David Baszucki dan Erik Cassel di San Mateo, California merupakan platform permainan dalam talian selain digunakan untuk mencipta permainan.

Bagaimanapun, penggunaannya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja mendapat perdebatan terutama dalam kalangan ibu bapa memandangkan ada yang membenarkan anak mereka bermain dengan Roblox, begitu juga sebaliknya.

Juruterapi pekerjaan GymCademy, Siti ‘Aisyah Rozalli berkata, Roblox bukan hanya sejenis permainan, tetapi ia dunia maya yang membolehkan anak-anak merasai pengalaman pelbagai jenis permainan dan ruang sosial.

Katanya, Roblox adalah antara aplikasi yang boleh ‘buka pintu tanpa sempadan’ untuk anak-anak biarpun semasa berada di rumah, mereka boleh ‘merantau’ ke banyak tempat lain.

“Mereka ini berborak dengan ramai orang. Belajar banyak benda. Walaupun Roblox secara teknikalnya ada sekatan umur untuk kanak-kanak bawah 13 tahun dari masuk ke pengalaman yang ada unsur keganasan, kandungan seksual dalam bahasa kasar.

“Tetapi tetap ada kandungan dijana pengguna, kandungan yang dicipta pengguna kelihatan mesra kanak-kanak, tapi terselit kandungan ganas dan lucah,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau berkata, anak-anak juga boleh berbual dengan orang tidak dikenali sekali gus terdedah kepada bahaya grooming dan scam.

“Selain itu ada private server (pelayan peribadi) yang mana anak kita boleh dijemput untuk menyertainya. Sangat bahaya, apa-apa pun boleh jadi dalam private server. Walaupun anak kita hanya ‘jumpa’ pemain lain di ruang maya, tapi banyak kerosakan boleh berlaku.

“Anak-anak yang perlukan Robux (mata wang digunakan dalam Roblox), kadangkala disuruh tekan sambungan tertentu yang boleh bawa mereka ke laman web bahaya. Itu belum cerita mereka kena scam untuk dapatkan Robux lagi,” katanya.

Siti ‘Aisyah berkata, ada ibu bapa berpendapat Roblox menjadikan anak mereka kreatif, membina dunia sendiri selain bijak terutama dalam Matematik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN