fbpx
RODGERS

EPL: Rodgers dikait kembali ke England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Bekas pengendali Celtic, Brendan Rodgers dikaitkan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meletakkan jawatan bersama gergasi Liga Scotland itu beberapa hari lalu ekoran isu prestasi.

Kekalahan 1-3 berdepan Hearts menjadi punca Rodgers mengambil keputusan itu selain kelab itu juga berada di kedudukan kedua dan ketinggalan lapan mata berbanding pendahulu saingan Liga Scotland.

Menurut bekas ketua pencari bakat Manchester United dan Blackburn Rovers, Mick Brown, Wolverhampton menjadi pasukan pertama yang dikaitkan dengan kepulangan Rodgers ke EPL selepas menyatakan minat.

“Persoalannya ketika ini ke mana destinasi Rodgers selepas ini. Banyak khabar angin menyebut mengenai kepulangannya ke England.

“Wolves mungkin menjadi salah satu calon destinasi pilihan, tetapi adakah Rodgers berminat dengan jawatan di sana. Ia ibarat ‘melompat ke dalam kuali panas’, dari Celtic ke Wolves berdasarkan situasi kelab itu ketika ini,” kata Brown.

Situasi Wolves ketika ini boleh dianggap dalam keadaan tenat apabila terperosok ke dasar liga selepas gagal memenangi sebarang perlawanan dalam sembilan aksi dengan hanya mengumpul dua mata.

Menurut laporan, pengendali semasa Wolves, Vitor Pereira hanya diberikan masa sehingga cuti rehat antarabangsa bulan depan untuk mengubah situasi pasukan atau beliau bakal berdepan pemecatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI