fbpx
Tangkap layar hantaran di aplikasi X, netizen pantau pergerakan pesawat Air Force One yang membawa rombongan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Air Force One hampir tiba Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pergerakan Air Force One yang membawa rombongan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pagi ini dipantau secara langsung.

Menerusi hantaran pengguna akaun @mohd_escobar di platform X, pesawat berkenaan dilaporkan sedang melintasi ruang udara Phuket, Thailand.

“Sekitar pemandangan semasa pergerakan pesawat Air Force One yang membawa rombongan Trump ke Malaysia,” ujarnya.

Hantaran tersebut turut memaparkan tangkap layar peta laluan penerbangan Trump sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Donald Trump turut mengadakan pertemuan ringkas dengan Perdana Menteri Qatar bagi memberi laluan kepada pesawat Air Force One mengisi bahan api di Doha.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan kunjungan Trump ke Malaysia selama dua hari dibuat bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20, selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Lawatan rasmi itu diharapkan dapat memperkukuh hubungan antara Malaysia dan AS meliputi bidang perdagangan dan keselamatan. -KOSMO!
ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN