fbpx
Gambar fail Trump (kiri) dan Petro (kanan). - AFP

Presiden Colombia samseng – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON –  Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa beliau berkemungkinan mengambil ‘tindakan sangat serius’ terhadap Colombia berikutan dakwaan peranan Bogota dalam pengedaran dadah, lapor laman berita TRT World semalam.

“Beliau (Presiden Gustavo Petro) seorang samseng dan  jahat. Beliau menghasilkan banyak dadah. Kami baru sahaja setakat hari ini (kelmarin) menghentikan semua pembayaran (dana memerangi dadah) kepada Colombia,” kata Trump kepada pemberita di White House semalam.

Trump berkata, Petro mentadbir negaranya degan sangat teruk serta mendakwa bahawa negara berkenaan mempunyai beberapa kilang kokain.

“Kami akan mengambil tindakan yang sangat serius terhadap beliau dan negaranya. Beliau membawa negaranya ke dalam perangkap maut,” tambah Trump.

Tidak lama selepas kenyataan tersebut, Petro menjawab tuduhan itu dengan berkata,  beliau akan mempertahankan dirinya secara sah daripada fitnah Trump.

“Saya akan mempertahankan diri secara undang-undang dengan diwakili peguam-peguam  Amerika berlandaskan sistem keadilan mereka.

“Saya akan sentiasa menentang pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan oleh mereka(tentera laut AS)  yang berkuasa di Laut Caribbean,” kata Petro di platform X. 

Petro juga berkata, negaranya akan memerangi pengedaran dadah apabila bantuan Colombia diperlukan.

“Apabila bantuan kami diperlukan untuk memerangi pengedaran dadah, rakyat Amerika akan mendapatkannya. Kami akan memerangi pengedar dadah bersama negara yang mahukan bantuan kami,” kata Petro. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI