fbpx
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim kurnia 109 DKPP kepada pegawai, anggota PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis (DKPP) Tahun 2025 di Istana Negara, hari ini.

Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada empat pegawai kanan polis iaitu Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Turut menerima darjah PGPP, Pengarah Logistik dan Teknologi PDRM, Komisioner Polis Gilberd Anak Philip Layang, Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad dan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail.

“Pada istiadat itu juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada lima penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 16 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada enam penerima dan Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 78 penerima.

“Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan PDRM,” kata satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Istiadat itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN