fbpx
Antara sukarewalan dan selebriti yang menyertai program CSR di Shikin Shelter di Alor Gajah, Melaka semalam.

Powercat bantu 300 haiwan terbiar di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Powercat jenama makanan kucing premium keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) telah menjayakan program Purr-Fect Care by Si Comot di sebuah ‘shelter’ kucing di Alor Gajah, Melaka semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu bukan sahaja memperkenalkan produk terbaharu di bawah rangkaian Powercat iaitu “Si Comot”, tetapi turut membawa misi menceriakan dan memberi kasih sayang kepada lebih 300 ekor kucing serta haiwan terbiar di Shikin Shelter.

Menerusi satu kenyataan, Adabi berkata, program itu bertujuan membantu pusat perlindungan haiwan tersebut yang menempatkan lebih daripada 300 ekor kucing terbiar.

“Ia melalui sumbangan makanan kucing seberat 400 kilogram serta sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 yang disampaikan oleh menerusi Program Purr-fect Care Si Comot by Powercat,”katanya kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Adabi berkata, selain memberi tumpuan kepada kebajikan haiwan, program itu turut meraikan para petugas, sukarelawan, dan selebriti yang hadir dengan sajian istimewa hasil air tangan syarikat itu.

“Antara hidangan yang disajikan ialah Ayam Perapan Madu, Nasi Goreng Pedas, Air Asam Jawa, dan Kopi, semuanya disediakan menggunakan produk keluaran Adabi.

“Jamuan ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap dedikasi dan komitmen mereka dalam menjaga kebajikan haiwan terbiar,”katanya.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti-selebriti tanah air yang juga pencinta si bulus, antaranya Maria Tunku Sabri, Sarah Suhairi, Sissy Iman dan Iqram Dinzl yang bersama-sama membawa aura positif dan kasih sayang buat penghuni Shikin Shelter.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI