fbpx
Sudah tiba masanya pihak berkaitan melihat semula peruntukan undang-undang yang sedia ada tanpa mengetepikan hak-hak dan perlindungan di bawah akta kanak-kanak. - GAMBAR JANAAN AI

Kes suka sama suka: Wajarkah si perempuan diheret sekali?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Walaupun mereka tahu melakukan hubungan seks sebelum nikah adalah salah, namun terdapat segelintir remaja khususnya dibawah usia 16 tahun melihat perkara itu kononnya sebagai ‘normal’.

Lebih membimbangkan, ada segelintir golongan itu berpendapat melakukan seks adalah satu permulaan untuk mereka melihat kematangan diri masing-masing.

Natijahnya berlakulah kes buang bayi. Dalam kes-kes sebegini lazimnya lelaki dipersalahkan. Mereka akan didakwa sebagai perogol, manakala remaja perempuan yang dalam kata lain merelakan diri tidak dikenakan tindakan.

Bagi peguam Muhammad Amin Abdullah, sudah tiba masanya pihak berkuasa melihat semula peruntukan undang-undang yang sedia ada tanpa mengetepikan hak-hak dan perlindungan di bawah akta kanak-kanak.

“Ini kerana hubungan seksual tanpa nikah antara remaja lelaki dan perempuan bawah umur dilihat berleluasa.

“Namun demikian, apabila timbul kes rogol bawah umur, atau lebih tepatnya ‘rogol statutori’, remaja lelaki akan menerima padahnya meskipun hubungan itu berlaku dalam keadaan suka sama suka.

“Peruntukan bagi jenayah rogol terhadap kanak-kanak dapat dilihat di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan rogol terhadap remaja perempuan di bawah umur 16 tahun,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, disebabkan kesalahan rogol statutori ini meletakkan sepenuhnya kesalahan terhadap lelaki, kerelaan bukanlah isu yang penting untuk dijadikan pembelaan bagi seseorang lelaki yang dituduh bagi kesalahan rogol statutori ketika di mahkamah.

“Hal ini dilihat tidak adil, berat sebelah dan bersifat menghukum keras lelaki yang kemudiannya dilabel sebagai perogol, sedangkan hubungan seksual berlaku dengan kehendak, keinginan dan kerelaan remaja lelaki dan perempuan,” katanya.

Ujar beliau, rogol statutori berdiri di atas prinsip bahawa remaja perempuan berusia 16 tahun ke bawah masih belum matang dari segi kognitif dan emosi untuk memberikan kerelaan atau persetujuan sah.

Dengan situasi demikian, pihak penguat kuasa diletakkan di dalam satu dilema kerana mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan terhadap hubungan seksual suka sama suka yang akhirnya, remaja lelaki sahaja dihukum, manakala remaja perempuan dianggap sebagai mangsa pula bebas tanpa apa-apa liabiliti.

“Saya berpendapat bahawa kematangan seseorang remaja perempuan tidak boleh diukur dengan umurnya sahaja. Mahkamah perlu diberikan ruang untuk menentukan sama ada remaja perempuan atau mangsa rogol statutori memiliki kematangan yang mencukupi untuk memberikan kerelaan dan persetujuannya di dalam hubungan seksual suka sama suka,” katanya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, terdapat keperluan undang-undang sedia diperhalusi semula supaya masyarakat lebih faham kesan kesalahan sekali gus dapat membendung peningkatan kes tersebut.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil pula berkata, tindakan undang-undang turut dikenakan terhadap pengadu atau mangsa sekiranya terbukti perbuatan seks bawah umur dilakukan secara suka sama suka.

Menurutnya, hukuman terhadap pesalah kes rogol bawah umur dilihat tidak menyelesaikan permasalahan tetapi berat sebelah kerana mengenakan hukuman terhadap lelaki sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN