PETALING JAYA – Pelakon cantik Natasha Hudson menangkap perhatian ramai apabila dilihat memadam foto-fotonya yang berhijab dalam Instagram.
Natasha atau nama lengkapnya Natasha Liana Hudson Mohd Redzuan, 43, juga dilihat memuatnaik gambar tidak lagi bertudung ketika melakukan aktiviti sukan pantai dalam Instastory.
Sebelum ini pelakon filem Chermin itu pernah dilaporkan kembali berhijab sekitar bulan Julai lalu.
Pemenang anugerah Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-20 itu juga sebelum ini dilihat aktif berkongsi tentang aktiviti sehariannya yang menjalani kehidupan cara kampung di Pulau Langkawi.
Natasha juga antara selebriti tanah air yang aktif dan lantang bersuara tentang Palestin dalam akaun media sosialnya.
Ini bukan kali pertama Natasha membuka hijab, sebelum ini dia pernah berhijab dan pernah juga memakai purdah.
Namun sejak berkahwin buat kali kelima pada 2022 dan menetap di Langkawi, Natasha dilihat tidak lagi memakai hijab dan aktif melakukan aktiviti sukan luncur bersama suaminya. KOSMO ONLINE