fbpx
Anggota bomba sedang melakukan operasi SAR ke atas dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Skudai, Johor Bahru hari ini.

Dua kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Skudai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Dua kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di sebuah jambatan Sungai Skudai, Skudai di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, kedua-dua mangsa berusia antara tujuh hingga sembilan tahun.

Menurut seorang saksi, Nalsen Manggatang, 35, ketika kejadian dia sedang menjala ikan di bawah jambatan tersebut sebelum menyedari ada kelibat tangan terkapai-kapai meminta tolong.

“Saya baru diberhentikan kerja memang saya menjala ikan di kawasan Sungai Skudai, ketika menjala saya terkejut ternampak kelibat dua kanak-kanak dalam sungai terkapai-kapai.

“Saya terus terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa tetapi bila sampai tengah-tengah sungai saya sudah kehilangan nafas,”katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Mohd. Suhaimi Abdul Jamal berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.37 petang.

Katanya, sepasukan penyelam sedang melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI