fbpx
FAISAL Halim seakan mula mendapatkan sentuhan sebenar selepas meledak dua gol untuk bantu Selangor FC raih kemenangan 4-0 ke atas Negeri Sembilan, semalam. - SFC

Piala FA: Gamel kagum kebangkitan semula Mickey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pengendali Selangor FC, Christophe Gamel puas melihat peningkatan prestasi Faisal Halim yang menjadi nadi utama buat pasukannya ketika menang 4-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Bagaimanapun Gamel tidak selesa untuk memberikan pujian kepada pemain tertentu kerana kejayaan pasukan hanya dapat diraih secara berpasukan.

“Bagi saya institusi (pasukan) itu lebih penting daripada sesiapa sahaja tetapi dia (Faisal) melakukan tugasannya dengan cukup baik.

“Saya rasa dia secara mentalitinya, dia bangkit dengan baik selepas apa yang berlaku kepadanya sebelum ini. Ini membantunya jadi siapa dirinya sekarang iaitu permata kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Pada aksi semalam, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey meledak dua gol diikuti satu daripada Chrigor Moraes dan Zach Paul Clough.

Dalam masa sama, Gamel juga tidak anggap kemenangan selesa kali ini berjaya melunaskan dendam ke atas Negeri Sembilan yang menang 2-1 pada aksi Liga Super, Ogos lalu.

“Adakalanya tidak ada masalah ia berlaku (alami kekalahan) tetapi tidak boleh jadi dua kali. Pemain menunjukkan karakter yang mereka mahukan sesuatu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI