fbpx
Fadhlina.

‘Saya dan timbalan akan ambil tanggungjawab ini sepenuhnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aspek keselamatan di semua institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan ditambah baik bagi memastikan insiden jenayah tidak berulang pada masa akan datang.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, reformasi keselamatan dan kesejahteraan sekolah selamat akan dilaksanakan bersama semua pihak.

“Insya-Allah kita sama-sama berdoa dan berusaha keras agar usaha untuk melakukan yang terbaik untuk terus mendidik dan memastikan anak-anak dan warga sekolah kita terus selamat dan sejahtera di sekolah.

“Saya dan Timbalan saya mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya. `We will do better’ (kami akan lakukan lebih baik),” tulisnya pada satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadhlina berkongsi kesedihan beliau ekoran beberapa tragedi yang menyayat hati termasuk kes terbaru melibatkan pelajar perempuan tingkatan empat maut ditikam di sebuah sekolah Selasa lalu.

“Tuhan sahaja yang tahu. Ya, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Duka menerima satu lagi berita kematian anak murid yang dikasihi. Hati saya luluh melihat para guru dalam keadaan lara dan gundah menangisi tragedi ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menitipkan semangat buat seluruh warga pendidik dan ibu bapa supaya mereka bertabah dengan ujian yang menimpa.

“Buat guru-guru yang amat kami kasihi, sabar, kuat semangat dan teruskan mandat pendidikan kita. Tunai tetap kami tunaikan.

“Buat Ibu bapa yang sentiasa menitipkan semangat dan sokongan, terima kasih yang tidak terhingga. Bantulah kami dengan apa cara sekalipun, demi anak-anak kita.

“Sokongan dan perhatian Ibu bapa ketika ini amat penting untuk kami bina semula kekuatan dan roh sekolah ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI