fbpx
Ijid Landu (tengah) bersama pegawai PGA melawat penugasan anggota pasukan tersebut di pangkalan haram Syed Agil, Rantau Panjang hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Lapan pos baharu PGA dicadang termasuk di Jeram Perdah, Pulau Tengkorak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Pembinaan lapan pos baharu di sepanjang Sungai Golok terutamanya di Rantau Panjang dan Tumpat dekat sini dilihat mampu mengekang kegiatan penyeludupan selepas perobohan pangkalan haram.

Pemangku Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Ijid Landu Binju berkata, cadangan itu sudah diangkat ke Bukit Aman dan kini dalam pemerhatian pihak berkaitan, namun perlu melalui beberapa proses sebelum keputusan muktamad dibuat.

Menurutnya, lokasi lapan pos tambahan baharu yang dicadangkan antaranya di Jeram Perdah, Rantau Panjang dan Pulau Tengkorak, Tumpat apabila kedua-dua kawasan tersebut dikesan sering menjadi laluan penyeludup.

“Setakat ini, cadangan pembinaan lapan pos baharu sudah dibuat oleh PGA. Kita berharap ia diluluskan, namun semuanya bergantung kepada faktor kewangan. Jika diluluskan, PGA akan mempunyai sebanyak 20 pos di sempadan Sungai Golok selepas ini.

“Kita memerlukan pos tambahan itu bagi menyokong penugasan anggota PGA di pos yang sedia ada. Buat masa ini, dua daripada 12 pos sudah selesai dinaik taraf untuk menempatkan semula anggota PGA,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan penugasan anggota PGA di pangkalan haram Syed Agil, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI