fbpx
Jongkong emas digilap di Kilang Penapisan ABC di Sydney pada 5 Ogos 2020. - AFP

Harga emas melonjak lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Harga emas melonjak ke arah AS$4,300 (RM18,170) satu auns (28.34 gram) buat kali pertama kelmarin, mencetuskan spekulasi harga komoditi itu mungkin mencecah  AS$5,000 (RM21,000), lapor laman  berita MailOnline.

Jongkong emas mencatatkan paras AS$4,295 (RM18,000) satu auns, peningkatan sebanyak 64 peratus untuk tahun ini, manakala harga perak juga mencecah rekod baharu AS$54 (RM228) satu auns.

Penganalisis-penganalisis menjangkakan harga emas boleh mencecah AS$5,000 ketika ramai pelabur gementar mencari tempat selamat untuk meletakkan wang mereka, manakala yang lain berpusu-pusu bertindak serupa.

“Satu hari, satu lagi rekod tertinggi,” kata penganalisis firma  pembrokeran Trade Nation, David Morrison.

“Peningkatan berterusan ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti kerana harga emas beberapa kali mengatasi paras tertinggi yang pernah direkodkan.

“Dorongan untuk harga meningkat ke arah AS$5,000 semakin kuat. Perak juga mempunyai kenaikan parabolanya sendiri,” tambah Morrison.

Terdapat juga peningkatan mendadak dalam kalangan pelabur runcit yang membeli emas untuk  menjualnya bagi mengaut keuntungan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sentimen keyakinan pelabur bertahan kerana peningkatan harga emas dijangka berterusan pada 2026,” kata penganalisis HSBC dalam nota penyelidikan.

Penganalisis-penganalisis firma pelaburan Goldman Sachs turut menaikkan sasaran harga emas kepada AS$4,900 (RM20,705) satu auns menjelang akhir 2026. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI