fbpx
HUI SIONG dibawa keluar dari Mahkmah Sesyen Muar selepas selesai pertuduhan melakukan khianat dengan api membakar rumah ibunya di Pekan Pagoh, 10 Oktober lalu.

Kaki lalok bakar rumah selisih faham dengan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pekerja kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan membakar rumah milik ibunya angkara perselisihan faham dengan keluarga, minggu lalu.

Tertuduh, Tan Hui Siong, 37, mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd Khairi Haron.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan hukuman terhadap tertuduh dilaksanakan minggu depan bagi memastikan kehadiran jurubahasa Mandarin sekali gus memudahka tertuduh memahami fakta dan hukuman yang akan dikemukakan terhadapnya kelak.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang didakwa melakukan khianat dengan api apabila membakar rumah ibunya berusia 70 tahun di Pekan Pagoh, dekat sini pada pukul 3.30 petang, 10 Oktober lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 namun tertuduh memberitahu mahkamah, tiada ahli keluarga datang untuk membayar jaminan.

Susulan itu, mahkamah memutuskan tiada ikat jamin ditawarkan dan dengan kes disebut semula pada 22 Oktober ini untuk fakta dan hukuman.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis methapethamine.

Majistret Kartini Kasran kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI