fbpx
Tangkap layar membabitkan kejadian tular kediaman seorang warga emas dipecah masuk oleh penyamun bersenjatakan pisau di Felda Paling 8, di sini, Isnin lalu.

[VIDEO] Abang buat apa tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Malang bagi dua lelaki apabila bukan perlakuan jenayah mereka bulan sahaja dirakam televisyen litar tertutup (CCTV), bahkan diberkas beberapa jam selepas menyamun rumah warga emas di Felda Palong 8, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, suspek berusia 30 dan 17 tahun ditahan pukul 10 hingga 11.45 pagi di sekitar felda tersebut selepas melakukan jenayah pada pukul 6.45 pagi.

Katanya, polis menerima laporan daripada mangaa berusia 68 tahun berhubung kejadian seorang lelaki bertopeng dan membawa sebilah pisau masuk ke dalam rumahnya.

“Mangsa kemudian diacukan pisau dan diminta menunjukkan tempat dia menyimpan wang. Mangsa beritahu tiada wang sebelum suspek bertindak menyelongkar bilik tidur.

“Melihat suspek leka menyelongkar bilik tidurnya, mangsa melarikan diri melalui pintu belakang bagi meminta bantuan jirannya untuk menghubungi polis dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Norhisham berkata, sebaik pihak polis sampai di lokasi kejadian suspek telah melarikan diri, manakala mangsa mendapati dua buah telefon yang berada atas katil dan barang kemas tiruan yang disimpan dalam beg telah hilang.

“Siasatan awal mendapati, salah seorang suspek mempunyai tujuh rekod jenayah. Mereka direman tujuh hari sehingga 20 Oktober ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI