fbpx
Pasukan polis tiba di apartmen Grattan Wood selepas seorang remaja maut ditikam semalam. - BBC

Juvana bawa pisau mengamuk tikam remaja 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN – Seorang remaja terbunuh, manakala dua lagi cedera dalam serangan bersenjatakan pisau di Dublin, Ireland, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di apartment Grattan Wood dalam kejiranan Donaghmede, petang semalam. 

Polis berkata, seorang suspek telah ditahan.

“Terdapat sekumpulan remaja termasuk lelaki dan perempuan semasa kejadian dan sebilangan daripada mereka melarikan diri ketika mangsa ditikam. 

“Mereka yang cedera dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” kata polis. 

Suspek yang terlibat dalam serangan itu dikenal pasti sebagai juvana dengan kewarganegaraan asing.

“Siasatan sedang dijalankan. Tiada maklumat lanjut tersedia buat masa ini,” tambah polis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN