fbpx
Anggota Polis membawa mayat keluar daripada kediaman mangsa di Durian Tunggal, Melaka. Gambar ARIF HAMIZAN MISKON/KOSMO!

‘Kalau jumpa si adik beri salam, tak tahu kenapa sampai jadi begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Penduduk Taman Cempaka 2, Durian Tunggal di sini mendakwa mendengar pertengkaran sebelum dua beradik lelaki ditemukan maut di dalam rumah disewa mereka malam tadi.

Menurut Muhammad Zuhaili Mohd. Zin, 31, keluarganya mendengar pertengkaran yang diakhiri dengan jeritan pada pukul 5.50 petang sebelum rakan serumah si mati pulang dan menjumpa mayat warga Bangladesh tersebut.

“Saya pernah berbual dengan mereka, katanya adik-beradik. Si adik telah berkahwin dengan wanita Indonesia dan mempunyai seorang bayi, tetapi isterinya melarikan diri bersama anak mereka dua minggu lalu.

“Rumah ini didiami mangsa dan seorang lagi lelaki rakan. Dialah (rakan) yang jumpa mayat si abang di dapur dengan kesan tetakan, manakala adiknya ditemukan tergantung di dalam bilik,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi.

Cerita lelaki itu, sebelum ini si adik kerap bertengkar dengan isterinya kerana wanita itu dikatakan tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan bekerja.

“Suami isteri ini kerap bergaduh tidak kira siang atau malam, tetapi si mati tidak melawan, mungkin itu juga (punca) menyebabkan tekanan apatah lagi selepas isterinya melarikan diri.

“Kalau jumpa saya, si adik akan tegur dan beri salam, tak tahulah kenapa (punca) dia bergaduh dengan abangnya sampai jadi begini (kematian),” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa bekerja di tapak pembinaan projek perumahan berhampiran taman perumahan tersebut.

Mayat dua lelaki asing itu dibawa keluar pihak polis pada pukul 10.45 malam tadi selepas siasatan di lokasi selesai dilakukan oleh pasukan forensik.

Polis bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI