fbpx
Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Suspek didakwa ada masalah mental, KPM serah pada PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan kononnya suspek tikam seorang pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah di Selangor mempunyai masalah kesihatan mental.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM bagi menyiasat perkara berkenaan.

“Perkara itu masih dalam siasatan polis dan kita tunggulah laporan polis seterusnya.

“Tapi apa pun seperti yang saya tegaskan, apa pun berlaku yang mengancam keselamatan pelajar kita, kita di KPM tetap akan pandang serius,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah, maut selepas dipercayai ditikam seorang pelajar lelaki, pagi tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 pagi, yang mana suspek, iaitu pelajar lelaki Tingkatan Satu (Peralihan) dipercayai membawa senjata tajam, dipercayai pisau ke sekolah.

Ditanya sama ada suspek pernah ada rekod jenayah atau masalah disiplin di sekolah, Mohd.
Azam berkata, perkara itu dalam siasatan polis.

“Yang ini dalam siasatan polis, saya percaya polis akan membuat siasatan dengan telus, adil dan seterusnya kita akan tunggulah laporan daripada pihak polis,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN