fbpx
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Chemor hari ini.

Lelaki maut tersepit, nahas kereta dan treler simen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat kemalangan dengan treler muatan simen di Jalan Chemor berhampiran Pekan Chemor, di sini hari ini.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 3.48 pagi dan nahas melibatkan kereta Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 39 tahun dan treler.

“Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan maut di lokasi oleh petugas perubatan,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemotong hidraulik digunakan untuk memotong sebahagian struktur kereta bagi mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI