fbpx
PARA pemenang Cabaran Joran Kuala Lumpur 2025 bergambar kenangan di Tasik Danau Kota, Kuala Lumpur kelmarin.

Umpan hati ayam, remaja 17 tahun jinakkan keli 13.5 kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Berbekalkan umpan hati ayam seorang remaja Mohd. Aizuludin Mohd. Azlan, 17, dari Pantai Dalam di sini berjaya menjinakkan seekor ikan keli seberat 13.515 kilogram (kg), sekali gus dinobatkan sebagai juara Cabaran Joran Kuala Lumpur 2025 yang diadakan di Tasik Danau Kota kelmarin.

Kemenangan itu melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Menurut Mohd. Aizuludin, pengalaman selama 15 tahun dalam dunia memancing banyak membantunya mengatur strategi sepanjang pertandingan tersebut.

“Saya tidak sangka dapat muncul juara. Hadiah kemenangan ini saya rancang untuk digunakan membeli sebuah motosikal bagi memudahkan urusan harian,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

Tempat kedua dimenangi Mohd. Termizey Ya, 44, dari Kajang yang menaikkan ikan patin seberat 13.305 kg. dan membawa pulang RM2,000, manakala tempat ketiga milik Jailani Fathurtazi, 45, dari Gombak, yang berjaya menaikkan ikan keli seberat 11.780 kg. membawa pulang RM1,000.

Pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 815 peserta menyertainya sempena sambutan Hari Sukan Negara.

Acara yang bermula seawal pukul 7 pagi itu menyaksikan kehadiran ratusan kaki pancing dari pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bersama keluarga bagi memeriahkan suasana di sekitar tasik berkenaan.

Sepanjang pertandingan, hanya seekor ikan patin berjaya dinaikkan, manakala spesies keli mendominasi senarai tangkapan utama daripada 111 ranking peserta terbaik.

Lebih 500 ekor ikan pelbagai spesies berjaya dinaikkan sepanjang pertandingan, sekali gus membuktikan Tasik Danau Kota masih kaya dengan sumber dan sesuai dijadikan lokasi aktiviti memancing di tengah-tengah ibu kota.

Cabaran Joran Kuala Lumpur 2025 turut menjadi siri terakhir program memancing anjuran DBKL bagi tahun ini selepas tiga siri terdahulu diadakan di Tasik Danau Kota sempena Hari Wilayah Persekutuan, Tasik Permaisuri sempena Hari Pekerja, dan Tasik Metropolitan Kepong sempena Hari Kebangsaan.

Penganjuran di Tasik Danau Kota kali ini menjadi simbolik sebagai penutup tirai siri tahunan DBKL sempena sambutan Hari Sukan Negara yang diraikan di seluruh negara.

-habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN