fbpx
HARIMAU Malaya masih mengharapkan sokongan teguh peminat menjelang aksi menentang Laos malam esok. - FB MALAYSIA NT

Debaran ‘misteri’ menanti Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya dijangka mendapat ‘mesej misteri’ pada aksi keempat Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Rentetan isu hukuman Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan negara, ketika ini mula wujud dua kelompok penyokong berbeza.

Ada kumpulan yang mula kecewa dengan drama luar padang dan masih ada kelompok setia di belakang pasukan khususnya untuk raih kemenangan mutlak ke atas Laos.

Agak menarik untuk menyaksikan apa mesej yang mahu dizahirkan oleh penyokong di stadium, kekal bersatu berikan sokongan atau pun cuba menjadikan perlawanan ini sebagai platform meluahkan kekecewaan.

Bagaimanapun, kapten negara, Dion Cools menzahirkan hasratnya supaya peminat kekal bersatu untuk berikan sokongan kepada Harimau Malaya ketika detik sukar kerana berpendapat sumbangan ‘pemain Ke-12’ akan beri impak kepada persembahan pasukan.

“Anda boleh dengar sorakan mereka (di Stadium Nasional Laos). Terima kasih kepada penyokong yang menempuh perjalanan bersama kami ke Laos dan kami harap dapat berjumpa mereka semula pada Selasa nanti,” katanya.

Kemenangan ke atas Laos sebelum ini mengukuhkan kedudukan Harimau Malaya di tangga teratas Kumpulan F dan hanya berbaki tiga perlawanan kedua menentang lawan sama diikuti pertemuan dengan Nepal (18 November) dan Vietnam (31 Mac).

Sebelum ini, FIFA menerusi laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” mendedahkan semakan yang dilakukan terhadap dokumen sokongan yang dihantar oleh FAM termasuk sijil kelahiran datuk dan nenek pemain warisan tidak sepadan dengan rekod asal di negara kelahiran sebenar, iaitu tidak dilahirkan di Malaysia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI