fbpx
ATLET-atlet negara bakal berdepan jadual padat tahun depan menerusi beberapa temasya sukan yang bakal berlangsung.

Belanjawan 2026 pacu semangat atlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menyifatkan peruntukan besar yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 tiba tepat pada masanya ketika MSN sedang menggandakan usaha persiapan atlet negara ke temasya sukan utama tahun depan.

Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata, pihaknya beriltizam untuk membalas kepercayaan kerajaan dan berharap peruntukan besar pembangunan sukan dalam Belanjawan 2026 itu mampu melonjakkan semangat atlet dan seterusnya lebih ramai atlet negara mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa

“Peruntukan ini signifikan ketika MSN memulakan langkah untuk memperkasakan program persiapan dan latihan atlet-atlet negara, terutamanya bagi kumpulan atlet dalam Program Road to Gold (RTG), Program Podium dan Program Bakat di peringkat Negeri.

“Tahun 2026 bakal menjadi tempoh penting apabila atlet negara akan beraksi di beberapa temasya besar seperti Sukan Para ASEAN di Thailand, Sukan Asia dan Sukan Para Asia di Aichi-Nagoya, Jepun serta Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, MSN turut memberi tumpuan kepada persediaan jangka panjang menjelang Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 yang akan dianjurkan di Malaysia.

Dalam masa sama, Jefri menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas perhatian yang turut diberikan kepada pembangunan atlet para, termasuk menerusi program pembangunan di peringkat negeri menjelang Sukan Para Sukma 2026.

“MSN amat berterima kasih dengan peruntukan yang diberikan untuk pembangunan atlet-atlet para menerusi program pembangunan di peringkat negeri, terutama untuk penyertaan pada temasya Sukan Para Sukma 2026 nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan lebih RM580 juta bagi memperhebat pembangunan sukan nasional menerusi Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI