fbpx
MINTAH belum mendapat pelepasan FIFA untuk beraksi biarpun berada dalam skuad Harimau Malaya ketika ini. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya tunggu pelepasan Mintah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUSAN skuad kebangsaan masih menunggu dokumen pengesahan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk membolehkan penyerang naturalisasi baharu, Jordan Mintah menyarung jersi Harimau Malaya secara rasmi.

Sebagai rekod, Mintah telah mendapat panggilan antarabangsa buat kali pertama pada bulan ini selepas didaftarkan sebagai pemain tempatan bersama kelab Kuching City apabila sudah bermastautin lima tahun di Malaysia sejak 2020.

Ketua jurulatih skuad negara, Peter Cklamovski mendedahkan Mintah tidak disenaraikan dalam pasukan Harimau Malaya ketika menewaskan Laos 3-0 di Stadium Nasional, Vientiane, Khamis lepas kerana belum mendapat ‘lampu hijau’ daripada FIFA.

“Saya tidak pasti (kenapa Mintah tidak boleh disenaraikan), mungkin kita masih belum mendapat dokumen rasmi yang membuktikan dia sudah melepasi proses naturalisasi selepas menetap selama lima tahun (di Malaysia).

“Perkara ini di luar kawalan saya. Namun, jika kita sudah dapat dokumen terbabit, Mintah akan diletakkan dalam skuad utama pada hari perlawanan (menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti),” katanya.

Mintah yang juga penggempur kelahiran Ghana telah didaftarkan sebagai pemain tempatan dalam Liga Malaysia (Liga M) selepas disahkan menukar kewarganegaraan secara rasmi pada Ogos lepas.

Pemain berusia 28 tahun itu menyertai Liga M pada 2020 yang mana ketika itu dia bersama pasukan Terengganu FC (TFC) selain pernah menyarung jersi KL City sebelum berkelana ke kelab berpangkalan di Sarawak itu.

Mintah menjadi pemain naturalisasi kesembilan yang beraksi di Liga M selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero, Lee Tuck, Romel Morales, Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI