fbpx
Gambar hiasan.

22 juta rakyat Malaysia terima Sara RM100 Februari 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan mengumumkan pemberian semula Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, yang akan disalurkan pada pertengahan Februari depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu bertujuan membantu rakyat membuat persiapan awal menjelang Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

“31 Ogos lalu, semua rakyat 18 tahun ke atas mendapat RM100 penghargaan Sara. Lebih 70 peratus telah dibelanjakan dan sepertimana janji, baki Sara yang tidak dibelanjakan menjelang Disember akan diagih semula untuk program rakyat susah.

“Sukacita saya umumkan, Kerajaan sekali lagi akan memberi RM100 Sara kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI