fbpx
CKLAMOVSKI

Jasa Tunku Mahkota Ismail terlalu besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan bola sepak Malaysia sudah lama mati jika tiada bantuan daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang memacu projek revolusi sejak awal tahun ini.

Cklamovski membidas kritikan yang dilemparkan terhadap Tunku Mahkota Ismail susulan hukuman berat yang dilemparkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan baharu negara.

Pengendali import Australia itu berkata, tidak adil sesetengah pihak menunding jari ke arah Tunku Mahkota Ismail atas kemelut FIFA kerana baginda bukan pihak yang menyebabkan isu pentadbiran yang membelenggu FAM.

“Berdasarkan apa yang saya diberitahu, terdapat banyak komen negatif terhadap TMJ (Tunku Mahkota Ismail), yang saya anggap tidak adil.

“Baginda adalah seorang pemimpin yang memiliki impian besar. Tanpa TMJ, (masa depan) bola sepak Malaysia sudah lama berakhir,” katanya.

Cklamovski berkata demikian selepas membantu pasukan negara menang 3-0 ke atas Laos dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Vientianne, kelmarin.

Mengulas lanjut, Cklamovski percaya TMJ yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memainkan peranan besar sehingga skuad kebangsaan berada pada tahap profesional seperti sekarang.

“Siapa yang mendapatkan sokongan dana daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk pasukan kebangsaan? TMJ. Siapa yang menaikkan standard profesional dengan memastikan kami tiba di lokasi perlawanan menggunakan penerbangan khas? TMJ juga.

“Semua kemelut yang berlaku dengan FIFA itu bukan kesilapan TMJ. Tanpa TMJ, bola sepak Malaysia tidak akan sampai ke tahap sekarang. Beliau pemimpin yang benar-benar mengambil berat tentang kemajuan pasukan,” katanya.

Kosmo! melaporkan FIFA telah mengeluarkan laporan rasmi bertajuk “Notification of the Grounds of the Decision” yang mendakwa FAM telah melanggar peraturan di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA membabitkan pemalsuan serta pengubahsuaian dokumen rasmi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI