fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, ribut petir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Putrajaya dan Sabah.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, manakala di Perak di Kerian, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor dan Putrajaya turut terlibat dalam ramalan cuaca buruk itu,” ujarnya.

Amaran kawasan lain yang terbabit di Sabah adalah Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna). -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN