fbpx
DUA anggota Wings, Black dan Eddie mengumumkan keluar daripada kumpulan rock itu secara rasmi bermula hari ini.

Gempar! Black, Eddie umum keluar daripada Wings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tidak angin, tiada ribut, dua anggota Wings, Black dan Eddie mengumumkan keluar daripada kumpulan rock itu secara rasmi bermula hari ini.

Begitupun, Black selaku pemain dram dan Eddie di posisi gitar bes band terbabit tidak memaklumkan punca pengunduran.

“Kami, Azmi Hashim atau dikenali sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau Eddie mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuatkuasa serta-merta hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025,” kata mereka menerusi kenyataan media.

Dengan pengunduran itu, mereka juga menyatakan tidak akan terbabit dalam konsert Wings 40 Years Celebration yang dijadualkan berlangsung pada 28 November depan di Kuala Lumpur dan 24 Disember di Singapura.

Ini bukan kali pertama Black keluar Wings kerana sebelum ini dia pernah meninggalkan kumpulan rock legenda itu pada 1990 iaitu selepas album Teori Domino diterbitkan.

Namun pemain dram berusia 59 tahun itu menyertai Wings kembali pada tahun 1995 bagi pembikinan album Orang Asing.

Sementara itu, Eddie, 57, pula belum pernah meninggalkan band berkenaan sejak menyertai Wings pada 1985.

Selepas pengunduran Black dan Eddie, kumpulan itu kini hanya dibarisi Datuk Awie selaku vokalis selain Syam (gitar utama) dan Edrie (gitar irama).

Sementara itu, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan Black dan Eddie belum berhasil apabila panggilan tidak dijawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI