fbpx
Aniza (tiga dari kanan) menerima sumbangan Kotak Prihatin daripada Rak Boon pada program Ziarah Prihatin Perkeso di Pejabat APM Baling, hari ini.

Arwah sudah tiada tetapi kebaikannya terus hidup – Ibu anggota APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – “Arwah semasa hidup banyak membantu keluarga termasuk menyara kembarnya yang belajar di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), bayaran faedah Perkeso arwah akan saya guna untuk tujuan sama.”

Demikian kata Aniza Mohd. Taib, 49, ibu kepada anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Muhamad Armin Abdullah, 22, yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu.

Dia ditemui ketika menerima sumbangan Kotak Prihatin daripada Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah, Rak Boon Tan Rat pada program Ziarah Prihatin Perkeso di Pejabat APM Baling, di sini hari ini.

“Insya-Allah, wang daripada bayaran faedah orang tanggungan (seumur hidup) di bawah inisiatif Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) Madani Perkeso ini akan saya gunakan untuk tanggung perbelanjaan kembarnya itu yang dapat menyambung pengajian di peringkat ijazah di universiti sama,” katanya ketika ditemui di Pejabat APM, di sini hari ini.

Katanya, bayaran faedah tersebut diperoleh dengan kiraan kadar harian RM18.60 sehari mengikut jumlah hari dalam setiap bulan serta mendapat bantuan RM3,000 untuk tujuan pengurusan jenazah.

Sementara itu, Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Bukhori Mat Sidik berkata, semua anggota APM diminta mencarum dengan Perkeso sebagai perlindungan sekiranya terlibat dalam musibah dan malapetaka.

Kosmo! Online pada 22 Julai lalu melaporkan seorang anggota APM meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Baling selepas terlibat kemalangan di Jalan Batu 42-Sungai Limau, di sini, dua hari sebelum itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI