fbpx
Tangkap layar video mesej kecemasan oleh sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi FFC x TMTG dipaparkan di laman rasmi MyCare, hari ini.

9 sukarelawan Malaysia diculik Zionis muat naik video SOS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sembilan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) memberitahu telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran mesej kecemasan yang dimuat naik di akaun Humanitarian Care Malaysia (MyCare), sebentar tadi.

Rakaman video yang dikongsi bersama mesej itu menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyebarkan maklumat penahanan tersebut, selain menggesa agar tekanan global dikenakan terhadap Israel.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sembilan kapal yang menyertai misi kemanusiaan FFC x TMTG telah dipintas tentera Israel, sekitar pukul 10.50 pagi tadi waktu Malaysia dalam lingkungan 120 batu nautika dari perairan Gaza.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar kesemua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan dengan segera, diberikan perlindungan sewajarnya, dan tidak diapa-apakan sepanjang tempoh tahanan.

Isnin lalu, delegasi Malaysia misi kemanusiaan FFC x TMTG berkenaan juga bersepakat untuk menandatangani Surat Pengusiran Jamin Pembebasan Segera sekiranya ditahan oleh tentera Israel.

Penolong Ketua Delegasi Malaysia, Profesor Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, ini memandangkan kesemua mereka tidak mahu mengambil risiko berpanjangan susulan penahanan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI