fbpx
YAHAYA Othman menunjukan antara alat ganti kenderaan yang dirampas di Balora Mastika, Bandar Tun Abdul Razak Jengka di Maran hari ini.

‘Fly by night’ tumpas, enam ditahan, rampasan lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARAN – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pembelian alat ganti kenderaan dan jentera berat dikenali sebagai fly-by night yang menyebabkan kerugian hampir RM280,000 melibatkan tiga daerah utama di negeri ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejayaan itu hasil risikan dan operasi khas yang dijalankan di sekitar Cheras dan Semenyih, Selangor pada 29 September lalu susulan beberapa laporan polis diterima di daerah Maran, Jerantut dan Bentong.

“Siasatan awal mendapati sindiket tersebut mula aktif sejak Ogos lalu dengan kes pertama dikesan di Bandar Jengka, Maran pada 23 September 2025, diikuti kes kedua di Jerantut pada 24 September lalu dan kes ketiga di Bentong pada 27 Ogos lalu.

“Dalam ketiga-tiga kes itu, modus operandinya sama iaitu suspek menyamar sebagai pembeli dan menghantar resit bayaran palsu selepas membuat pesanan alat ganti melalui panggilan telefon atau aplikasi media sosial,” katanya dalam sidang akhbar di Balora Mastika, Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil serbuan itu, polis menahan dua lelaki iaitu seorang warga Pakistan dan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun dipercayai pekerja yang menjalankan urusan pembelian dan penghantaran bagi pihak dalang utama sindiket.

Jelasnya, dua suspek pertama itu hanyalah pekerja kepada pihak tertentu dan bukan pemilik mana-mana kedai atau syarikat terlibat yang mana mereka sekadar menerima arahan dan upah untuk menguruskan penghantaran barangan.

Tambahnya, siasatan seterusnya membawa kepada empat lagi tangkapan susulan yang dilakukan oleh JSJK Selangor membabitkan beberapa individu dipercayai pembekal atau pengendali logistik yang membantu melancarkan urus niaga palsu berkenaan.

“Setakat ini peranan sebenar empat suspek tersebut masih dalam siasatan lanjut, namun mereka dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan rangkaian pembekal dan penyimpan barangan yang diperdaya.

“Hasil maklumat risikan juga membawa kepada penahanan seorang individu dikenali sebagai ‘Lee’ atau ‘Wilson’ yang dipercayai ‘mastermind’ sindiket tersebut, dipercayai menjadi orang tengah yang memberi arahan kepada pekerja untuk membuat pesanan, memanipulasi transaksi dan mengurus penghantaran menggunakan nama syarikat palsu,” katanya.

Tambahnya, operasi itu turut membawa kepada rampasan pelbagai alat ganti kenderaan dan jentera berat bernilai lebih RM100,000, termasuk ‘excavator track’, minyak pelincir dan komponen mesin industri lain.

“Siasatan turut mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala sindiket dipercayai menggunakan kelewatan sistem pemindahan antara bank (IBG) untuk memperdaya mangsa.

“Dalam tempoh 24 jam sebelum pembayaran disahkan, mereka sempat mengambil dan melarikan barangan berkenaan menggunakan syarikat penghantaran sah,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI