fbpx
Bara Naga menerima 13 pencalonan pada Festival Filem Malaysia ke-43 yang bakal berlangsung 1 November depan.

13 pencalonan, Blood Brothers dominasi pencalonan FFM34

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Filem Blood Brothers: Bara Naga terbitan Primeworks Studios dan Skop Productions mendominasi pencalonan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) apabila membolosi 13 pencalonan dalam 11 kategori.

Naskhah arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu dicalonkan bagi kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lagu Tema Terbaik serta Aksi & Lagak Ngeri Terbaik.

Kategori lain adalah Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik dan Rekaan Kostum/Busana Terbaik.

Istimewanya, tunjang utama filem itu, Sharnaaz Ahmad dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala tiga lagi aktor lain iaitu Syafiq Kyle, Shukri Yahaya serta Syazwan Zulkitly berada dalam senarai kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Mengekori rapat dengan pencalonan besar adalah Takluk: Lahad Datu dengan 12 pencalonan, Soloz: Game Of Life (11 pencalonan) dan Kahar: Kapla High Council (10 pencalonan).

Majlis perasmian dan pengumuman Top 5 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang diadakan di Hotel Premiere di sini dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Hadir sama Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.

Bertemakan Karya Kreatif, Sinema Dinamik, edisi 2025 menyaksikan pemenang bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala penerima Anugerah Khas membawa pulang RM10,000 dan trofi.

Tahun ini Anugerah Filem Terbaik bakal menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, berbanding RM500,000 untuk musim lalu.

FFM34 turut memperkenalkan kategori baharu, Anugerah Aksi & Lagak Ngeri Terbaik, selaras dengan piawaian antarabangsa bagi menghargai tenaga kreatif disebalik tabir.

Selain itu, pemberian hadiah berjumlah RM20,000 dalam bentuk sewaan dan penggunaan fasiliti Finas akan dinikmati tujuh kategori iaitu Pengarah Harapan, Sinematografi, Penataan Bunyi, Pengarah, Dokumentari, Filem serta Filem Pendek.

Malam Anugerah FFM34 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media pada 1 November ini, pukul 9 malam.

Acara yang akan disiarkan secara langsung di RTM TV2 menyaksikan gandingan pelakon, Datuk Afdlin Shauki dan Sarimah Ibrahim sebagai hos malam kemuncak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI