fbpx
Tangkap layar hantaran dimuat naik Musa di aplikasi Thread.

‘Ben Gvir datang saya tak takut, tapi kalau bini panggil kena akur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Bini panggil (balik) saya kena akur geng,” seloroh salah seorang sukarelawan Global Sumud Flotilla, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dalam satu hantaran di aplikasi Thread.

Sebelum itu, Musa memuat naik hantaran pendek setelah lama menyepikan diri daripada media sosial selepas telefonnya dibuang ketika ditahan Zionis pada 2 Oktober lalu.

Dalam hantarannya itu, Musa yang juga Pengasas Cinta Salam Malaysia seolah-olah memberi bayangan bahawa para sukarelawan akan kembali semula dalam misi yang sama bagi menyampaikan bantuan ke Gaza.

“Kami akan kembali,” tulisnya ringkas.

Sehubungan itu, isterinya, Anis Zulaikha Zakariah membalas hantaran tersebut dengan meminta Musa untuk pulang ke pangkuan keluarga terlebih dahulu.

“Apa-apa pun pulang kepada saya dahulu,” tulis Anis sehingga hantaran tersebut mendapat lebih 2,600 tanda suka.

Kemudian, Musa membalas bahawa dia perlu akur dengan permintaan isterinya untuk pulang ke tanah air terlebih dahulu sebelum memulakan misi kemanusiaan yang lain.

“Ben Gvir (Menteri Keselamatan Israel) datang dekat, saya jerit ‘kau pengganas’. Askar penjajah datang sel saya tenung dia ikut celah pintu sampai dia suruh saya ke belakang.

“Tapi bini (isteri) panggil, saya kena akur geng. Bukan takut bini, bini tak takut kita,” tulisnya berseloroh.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan perbualan suami isteri itu sekali gus mendoakan agar mereka selamat dipertemukan tidak lama lagi.

“Baliklah bro, kalau melibatkan rumah tangga ni susah kami nak selamatkan. Wisma Putra pun boleh angkat tangan,” komen Don.

“Kalau macam ni, PMX dan Wisma Putra pun angkat tangan nak tolong. Kami netizen pun tutup internet,” komen Safura.

“Bukan takut bini kan bang, tapi sayang bini hehe,” komen Nana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI