fbpx
Program Santuni Kasih Madani 2025 yang dilaksanakan pada Sabtu lalu.

33 bekas ahli GISBH Negeri Sembilan jalani rehabilitasi enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seramai 33 bekas ahli Global Ikhwan Sdn. Bhd. Holdings (GISBH) di negeri ini akan menjalani program rehabilitasi berkaitan akidah selama enam bulan bermula 11 Oktober depan.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Mohd. Asri Abdullah berkata, program yang berlangsung setiap Sabtu dan Ahad itu melibatkan 33 orang ketua atau wakil keluarga yang telah mendaftar dan dijangka berakhir pada Mac 2026.

“Mereka akan menghadiri kelas-kelas pengajian yang menyentuh aspek akidah dan ibadah supaya setiap amalan adalah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Program ini akan melalui empat fasa iaitu induksi, pemulihan, pemantapan dan khidmat sokongan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, satu sesi taklimat Program Santuni Kasih Madani 2025 telah dilaksanakan pada Sabtu lalu bagi menyantuni 169 bekas ahli melibatkan 69 orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dan 79 orang kanak-kanak dan remaja berumur antara empat hingga 17 tahun.

Jelas Mohd. Asri, program rehabilitasi itu, JHEAINS bekerjasama erat dengan rakan-rakan agensi strategik seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan dan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI