fbpx
Zulkifly (kiri) ketika Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Juru arah Utara, Bukit Mertajam, malam tadi. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

Pematuhan SLD kenderaan perdagangan di P. Pinang masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tahap pematuhan penggunaan Speed Limitation Device (SLD) dalam kalangan pengusaha kenderaan perdagangan di Pulau Pinang masih membimbangkan apabila sebahagian besar kenderaan gagal memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Zulkifly Ismail, berkata, semakan mendapati hanya segelintir kenderaan perdagangan mematuhi syarat pemasangan dan pengesahan SLD walaupun ia diwajibkan bagi kenderaan yang dibina selepas 1 Januari 2015.

“Sepanjang lima hari pertama operasi khas bermula 1 Oktober, sebanyak 165 kenderaan perdagangan diperiksa dan hanya 31 daripadanya mempunyai slip pengesahan SLD.

“Sebanyak 91 pemilik pula dikenakan Notis 114 di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan temu siasat kerana gagal mematuhi peraturan,” katanya ketika ditemui semasa Ops Khas Gempur Kenderaan Perdagangan di Plaza Tol Juru arah utara, malam tadi.

Menurutnya, pemeriksaan turut menyaksikan 31 notis sama dikeluarkan daripada 48 kenderaan yang diperiksa.

Zulkifly menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha atau pemandu yang cuai mematuhi syarat keselamatan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI