fbpx
WIRTZ

EPL: Bekas jurulatih mahu khidmat Wirtz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Liverpool berpeluang untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung hasil pembelian bintang Bayer Leverkusen, Florian Wirtz yang gagal mempamerkan aksi seperti diharapkan.

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu mengeluarkan dana sebanyak £116.5 juta (RM660.12 juta) untuk mendapatkan pemain itu, namun Wirtz masih belum berjaya meledak sebarang gol dalam 10 penampilan untuk semula kejohanan.

Perkembangan itu menambah tekanan buat Wirtz apabila banyak pihak menganggap dia menjadi pelaburan tidak berbaloi buat Liverpool selain masih berdepan kesukaran untuk menyesuaikan diri.

Bagaimanapun, pengendali Real Madrid, Xabi Alonso mengarahkan pasukan pengurusan kelab itu untuk terus memantau perkembangan Wirtz sekiranya wujud peluang untuk mereka menyambar khidmat pemai itu.

Alonso sebelum ini bertanggungjawab melonjakkan prestasi Wirtz sehingga muncul antara pemain muda berpotensi besar di Eropah ketika di BayArena dan sedia menyelamatkan karier pemain itu dengan membawanya ke Santiago Bernabeu.

Pengguguran Wirtz dalam kesebelasan utama oleh Pengurus Liverpool, Arne Slot ketika mereka tewas 1-2 kepada Chelsea menambah spekulasi bahawa pemain tengah itu berdepan masalah untuk menyesuaikan diri bersama pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI