fbpx
Sebahagian peserta pertandingan Terengganu International GPX4 Offroad Challenge di Belukar Bukit, Hulu Terengganu hari ini.

Terengganu mahu perkasa segmen pelancongan sukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu mahu memperkasa segmen pelancongan berteraskan sukan lasak dan rekreasi bagi menarik lebih ramai kedatangan pengunjung ke negeri tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, negeri berkenaan mempunyai banyak lokasi berpotensi bagi penganjuran acara segmen pelancongan terbabit.

“Pelancongan sukan yang punyai daya tarikan tersendiri bagi menerima lebih ramai pengunjung ke Terengganu menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Contohnya penganjuran sukan lasak kenderaan pacuan empat roda 4×4 ini mempunyai prestij tersendiri untuk diangkat ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya di Belukar Bukit, di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan penutup pertandingan Terengganu International GPX4 Offroad Challenge.

Razali berkata, acara pelancongan sukan mampu menarik bukan sahaja peserta domestik malah antarabangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI