fbpx
Aktivis Sweden, Greta Thunberg (tengah) dan aktivis Brazil, Thiago Avila (kanan), bersama aktivis-aktivis lain selepas ditahan tentera laut Israel. - AFP

Apa nasib peserta GSF yang masih ditahan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nasib baki tahanan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi persoalan selepas hantaran daripada Nadir Al-Nuri berkaitan salah seorang peserta yang masih ditahan.

Menerusi perkongsian hantaran di laman Facebook, aktivis dari Brazil, Thiago Avila itu mengadakan mogok makanan dan minuman kerana semua peserta dilayan tidak berperikemanusiaan.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai membanjiri ruang komen meluahkan kebimbangan terhadap nasib baki tahanan termasuk Greta Thunberg dan Thiago Avila.

“Greta Thunberg, Thiago Avila dan semua aktivis yang ditahan perlu dibebaskan secepat mungkin,” komen @Fashaza di aplikasi Threads.

“Harap semua aktivis yang masih ditahan, diberikan kekuatan mental dan fizikal, supaya dibebaskan secepat mungkin,” kata Badariah Ismail di laman Facebook.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dilindungi kepada semua aktivis yang belum dibebaskan termasuk Thiago, Greta dan Yasmeen,” kata Omma Raiyan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan 23 sukarelawan Malaysia yang ditahan rejim Israel ketika menyertai misi GSF akhirnya bebas selepas kumpulan itu dilaporkan telah tiba di Istanbul.

Tumpuan kini terarah kepada nasib sukarelawan GSF dari negara lain selepas pembebasan 23 sukarelawan Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI