fbpx
Ejen persekutuan bertempur dengan penunjuk perasaan di luar kemudahan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam pada 4 Oktober lalu di Portland, Oregon. - AFP

Selepas Portland, Trump kerah tentera ke Chicago

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluluskan pengerahan tentera ke Chicago, negeri Illinois selepas seorang ejen persekutuan menembak seorang penunggang motosikal yang didakwa bersenjata di bandar itu semalam.

Perkembangan itu berlaku ketika seorang hakim menghalang percubaan pemimpin Parti Republikan itu untuk menghantar tentera ke Portland, sebuah lagi bandar yang dikuasai Parti Demokrat.

Krisis yang semakin memuncak di seluruh negara itu membabitkan tindakan keras antijenayah dan anti imigran pentadbiran Trump terhadap Demokrat yang menuduhnya merebut kuasa autoritarian.

“Presiden Trump telah memberi kuasa kepada 300 anggota Pengawal Negara untuk melindungi pegawai dan aset persekutuan di Chicago,” kata jurucakap White House, Abigail Jackson berkata dalam satu kenyataan.

“Presiden Trump tidak akan menutup mata terhadap pelanggaran undang-undang yang melanda bandar-bandar Amerika,” tambahnya.

Senator Illinois, Dick Durbin menggelar langkah itu sebagai perkara yang memalukan dalam sejarah negara sambil menambah: “Presiden tidak berniat untuk memerangi jenayah. Beliau hanya mahu menyebarkan ketakutan.”

Chicago dan Portland adalah titik panas terkini dalam pelancaran serbuan pentadbiran Trump berikutan penempatan tentera ke Los Angeles dan Washington sebelum ini.

Serbuan itu telah menyaksikan kumpulan lelaki bertopeng, bersenjata di dalam kereta tidak bertanda dan kenderaan berperisai menyasarkan kawasan kejiranan kediaman serta perniagaan, sekali gus mencetuskan protes.

Trump berulang kali menggelar Portland ‘dimusnahkan oleh perang dan penuh dengan jenayah kekerasan’, tetapi dalam perintah mahkamah kelmarin, Hakim Daerah, Karin Immergut menulis bahawa kenyataan Trump tidak dibuat berdasarkan fakta.

“Walaupun bandar itu menyaksikan serangan-serangan ke atas pegawai dan harta persekutuan, pentadbiran Trump gagal menunjukkan bahawa episod keganasan itu adalah sebahagian daripada percubaan terancang untuk menggulingkan kerajaan secara keseluruhan,” tulis Immergut ketika memberikan perintah sekatan sementara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI