fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Nadir Al-Nuri di laman Facebook berkaitan aktivis dari Brazil, Thiago Avila.

‘Thiago akan minum jika aktivis GSF sakit diberi ubat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang aktivis dari Brazil, Thiago Avila mengadakan mogok lapar makanan dan minuman selepas berada dibawah tahanan tentera Israel dalam Misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Menerusi perkongsian hantaran daripada Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di laman Facebook berkenaan peserta Misi GSF itu.

Tindakannya mengadakan mogok lapar ini demi mendesak tentera Israel memberi rawatan yang selayaknya menjadi hak mereka.

Insiden ini sekali lagi mencerminkan keberanian dan solidariti terhadap penderitaan rakyat Palestin yang harus diperjuangkan.

Menurut Nadir, aktivis dari Brazil itu hanya akan minum sekiranya semua peserta sakit diberi ubat dan keperluan yang diperlukan.

Sementara itu, Ilya Balqis turut mendedahkan bahawa sukarelawan tidak diberikan air bersih mahupun ubat-ubatan asas meskipun ada yang memerlukan rawatan segera.

Lebih 400 peserta GSF dari pelbagai negara ditahan pihak Israel ketika menghantar bantuan kemanusiaan termasuk makanan serta ubat-ubatan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bahawa beberapa aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul, Turkiye selepas diusir dari Israel semalam diperlakukan dengan kejam dan tidak berperikemanusiaan termasuk bertindak memukul sukarelawan yang digari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI