fbpx
Mount meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Sunderland, sebentar tadi.

EPL: Man United, Arsenal tidak tertekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pasukan Manchester United kembali bernafas selepas melakar kemenangan ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan Sunderland 2-0, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Old Trafford itu, skuad The Red Devils kendalian Ruben Amorim membariskan kesebelasan terbaik dengan Benjamin Sesko, Bryan Mbeumo dan Mason Mount mengetuai jentera serangan.

Kepercayaan itu dibalas sebaiknya oleh Mount apabila meledak gol pertama United seawal minit kelapan selepas menerima hantaran Mbeumo.

Jaringan tersebut menaikkan semangat tuan rumah untuk menggandakan asakan dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila meledak jaringan kedua dengan kini Seso mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-31.

United cuba untuk menambah gol tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus meringankan tekanan Amorim sebelum saingan liga berehat bagi memberi laluan kepada jendela antarabangsa, minggu depan.

Sementara itu, satu lagi perlawanan EPL, Arsenal turut tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata penting apabila menewaskan West Ham 2-0 di Stadium Emirates.

Declan Rice (kanan) cemerlang meraikan gol buat Arsenal.

Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Declan Rice pada minit ke-38 sebelum Bukayo Saka menambah gol hasil sepakan penalti (m-57)  dengan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI