fbpx
SEBUAH helikopter terhempas di atas sebuah kereta di parkir kenderaan. - Foto Seven

Helikopter terhempas atas kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Sebuah helikopter terhempas, menyebabkan seorang lelaki meninggal dunia di tempat letak kereta di Bankstown, Sydney semalam, lapor portal berita MailOnline.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari (waktu tempatan) itu, pasukan kecemasan dipanggil ke kawasan parkir tersebut selepas menerima laporan sebuah helikopter terhempas.

Anggota-anggota paramedik merawat seorang lelaki di lokasi tetapi dia meninggal dunia kerana kecederaan.

Seorang lelaki berusia 19 tahun mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Liverpool dalam keadaan kritikal.

Menurut portal berita Sky News, dalam kejadian itu, pasukan paramedik merawat pelajar penerbangan remaja dan pengajarnya.

Rakaman kamera papan pemuka memaparkan helikopter Robinson R22 itu tersangkut pada kabel elektrik dan merempuh pokok sebelum terhempas ke atas sebuah kereta di tempat letak kereta lapangan terbang, menyebabkan kemek pada but kereta tersebut.

Polis telah menubuhkan kawasan kejadian jenayah, manakala Biro Pengangkutan Australia akan menyiasat punca kemalangan tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI