fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Mok memeluk sambil memaksa mangsa menjadi kekasihnya di Hong Kong. - Threads

‘YouTuber’ peluk, paksa wanita jadi kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang pempengaruh media sosial ditahan selepas mengganggu seorang wanita tidak dikenali dan memaksa mangsa menjadi teman wanitanya di Hong Kong, lapor portal berita Must Share News.

Kejadian berlaku sekitar pukul 9.30 malam (waktu tempatan) di Causeway Bay, Ahad lalu.

Rakaman video dimuat naik di platform Threads menunjukkan lelaki terbabit menyergah wanita itu dengan memeluknya dari belakang sambil memegang lengan kanan mangsa. 

“Jadilah teman wanita saya. Saya sangat sukakan anda,” kata lelaki itu dalam video tersebut.

Mangsa cuba melepaskan diri tetapi gagal. Dia terselamat tidak lama kemudian selepas dibantu oleh beberapa pejalan kaki. 

Polis tempatan berkata, suspek dikenal pasti sebagai Mok dan berusia 42 tahun.

Kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai serangan tidak senonoh dan siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN