fbpx
Senarai delegasi Malaysia yang menyertai misi GSF ke Gaza.

Netizen syukur aktivis Malaysia dibebaskan daripada tahanan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Netizen menzahirkan rasa syukur selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sukarelawan Malaysia yang ditahan oleh Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bakal dibebaskan.

Anwar dalam siaran langsung di Facebook berkata, kesemua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF telah bersetuju menandatangani dokumen perintah pengusiran segera atau ‘immediate deportation’.

Perkongsian mengenai pengumuman tersebut turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengucapkan terima kasih dan bersyukur atas usaha untuk membawa pulang semua sukarelawan.

“Terima kasih team PMX dan negara terlibat. Sumud Flotilla, anda membuka hati jutaan manusia seluruh dunia,” komen Eda Nuraini.

“Alhamdulillah, terbaik DSAI, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin,” komen Mat Desa.

“Terima kasih kerajaan Malaysia,” kata Fudhail Ghazali.

Terdahulu, semua aktivis dan sukarelawan Malaysia menyertai GSF sebagai sebahagian daripada misi antarabangsa untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI