DALAM landskap seni kontemporari Malaysia, nama Yeo Eng Peng semakin menonjol sebagai pelukis yang mampu menghubungkan simbol budaya dengan bahasa visual moden. Dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1975 dan berpendidikan di Kuala Lumpur College of Arts, Yeo telah lama dikenali kerana keupayaannya menyulam unsur tradisi, alam semula jadi dan identiti kebangsaan ke dalam kanvas. Sebagai seorang pendidik seni, beliau turut membimbing generasi muda sekali gus menjadikan karyanya bukan sahaja relevan di galeri tetapi juga dalam perkembangan seni tempatan. Menurut……